Pautan
Halaman Utama
Profil
Visi Dan Misi
Sejarah
Perutusan
  Anugerah
Laporan Kewangan
Kemudahan
Anggota Lembaga
  Juruaudit Dalam
  Subsidiari
Wakil Negeri
  Galeri Foto
  Promosi 2009
Buletin
Borang
Pekeliling 5/2009

SISTEM ONLINE MAKLUMAT ANGGOTA

kotamas@streamyx.com


 

    Kemudahan dan Perkhidmatan Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas)
.
Berikut adalah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kota Mas :
1
 Simpanan Yuran - Simpanan untuk masa depan. Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan setelah
                                      anggota bersara atau berhenti menjadi anggota.
 Simpanan Khas - Terdapat 2 jenis simpanan khas, iaitu :
    i) Biasa - Simpanan ini boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Anggota digalakkan untuk membuat
                  potongan ini. Contoh potongan bulanan : RM10, RM20, RM30, RM50 dan lain-lain.          
    ii) Insurans (Pilihan) - Simpanan ini tidak boleh dikeluarkan, tiap-tiap bulan akan dibayar ke syarikat
                                            Insurans. Baki simpanan ini tiada di dalam penyata. Anggota perlu menghubungi
                                            syarikat Insurans (MCIS, CIMB Aviva atau Kurnia) untuk mengetahui penyata ini.
                                            Contoh potongan bulan : RM16, RM27, RM30, RM33 dan lain-lain.
 Dividen - Pada pertengahan tahun iaitu selepas Mesyuarat Agung Tahunan, anggota boleh mohon 
                      pengeluaran dividen. Sekiranya tidak mohon, jumlah dividen ini akan dimasukkan ke
                      dalam akaun simpanan yuran anggota masing-masing.
 Syer / Saham - Syarat untuk menjadi anggota Kota Mas. Jumlah tetap adalah RM100 untuk satu kali 
                                sahaja sepanjang menjadi anggota.
 Pinjaman Berjamin - Jumlah Maksimum :
                                            1) RM30,000 + Simpanan Yuran, atau
                                            2) 8 Kali Simpanan Yuran, atau
                                            3) 8 Kali Gaji Pokok
                                            (Jumlah paling minimum di atas akan dipilih).
 Pinjaman Kredit (tanpa penjamin).
 Pinjaman Barang Pengguna (pelbagai barangan keperluan, khas untuk semua anggota, rujuk
                                                           ruangan promosi).
 Pinjaman Insurans Kenderaan.
 Pinjaman Pelancongan (rujuk subsidiari - Kota Mas Travel atau ruangan promosi).
 Pinjaman Perumahan (RM30,000).
 Pinjaman Universiti.
 Tempoh overlap pinjaman adalah setahun. Tetapi bagi anggota yang membuat pinjaman terdahulu
     dalam tempoh 36 bulan atau kurang, dibenarkan untuk membuat overlap pinjaman kurang daripada
     setahun.
 Pemberian Dermasiswa kepada anak-anak anggota yang mendapat keputusan baik di dalam
     peperiksaan UPSR dan PMR.
 Skim Perlindungan Insurans.
 Manfaat Tabung Kebajikan kepada keluarga anggota yang meninggal dunia.
 Pemberian Saguhati kepada anggota yang bersara.
 Pengeluaran 80% Simpanan Yuran untuk anak yang melanjutkan pengajian ijazah.
 Penyambungan semula keanggotaan untuk anggota bersara (bayaran secara individu).
 Penyambungan semula keanggotaan untuk anggota selepas VSS (bayaran secara individu).
     Bayaran untuk penyambungan semula anggota (bersara & VSS) ini boleh dibuat dalam tempoh
     sebulan, 3 bulan, 6 bulan atau setahun sekali.
 Rumah Banglo di Port Dickson - Kemudahan untuk anggota beriadah.
 Buletin - Risalah berkenaan maklumat terkini Kota Mas.
 Karnival Kota Mas - Acara tahunan yang terdiri daripada pelbagai pameran, jualan barang,
                                        kaunter perkhidmatan dan pertanyaan.
 Sistem Online Maklumat Anggota - Sistem online memudahkan anggota untuk menyemak
                                                                     maklumat peribadi, potongan bulanan, maklumat dividen,
                                                                     penyata akaun, status cek dan sebagainya.
 Penyata Akaun Tahunan - Penyata akaun anggota diedarkan setiap tahun.
 Kad Anggota - Kad Kota Mas diberikan kepada anggota.
 Kaunter Kota Mas - Bertempat di LG1, Menara TM bagi memudahkan anggota berhubung
                                        dengan Kota Mas.
 Barangan Cenderamata, Baju T-Shirt dan lain-lain (rujuk subsidiari - Kota Mas Trading)
 Laman Web - Antara saluran maklumat kepada anggota. Setiap maklumbalas dan cadangan
                              diambilkira bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kota Mas.

 

     

  Copyright Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas)