Pautan
Halaman Utama
Profil
Visi Dan Misi
Sejarah
Perutusan
Anugerah
Laporan Kewangan
Kemudahan
Anggota Lembaga
  Juruaudit Dalam
  Subsidiari
Wakil Negeri
  Galeri Foto
  Promosi 2009
Buletin
Borang
Pekeliling 5/2009

SISTEM ONLINE MAKLUMAT ANGGOTA

kotamas@streamyx.com

 

Anugerah Yang Telah Diraih Oleh Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas)

Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2000

23 November 2000,  Kuala Lumpur. Kota Mas sekali lagi mengukir sejarah dalam era koperasi negara di atas kejayaan menerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2000 Sektor Sosio Ekonomi pada 23 November 2000 yang lalu. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap kualiti perkhidmatan dan pengurusan yang menjadi teras dalam Kota Mas. Dalam penganugerahan ini semua bidang yang dinilai adalah melibatkan aspek-aspek yang mengutamakan pelanggan, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti sosial. Sehingga kini Kota Mas merupakan koperasi ke-4 yang telah menerima anugerah ini sejak dipertandingkan.
       Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, MAMPU, Jabatan Pembangunan Koperasi,  Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Telekom dan semua yang terlibat dalam penganugerahan ini. 

Anugerah Hari Koperasi Negara Tahun 2003

21 Julai 2003,  Kuala Lumpur. Kota Mas sekali lagi mengukir sejarah dalam era koperasi negara di atas kejayaan meraih Anugerah Hari Koperasi Negara pada 21 Julai 2003 yang lalu. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap pameran dan persembahan Kota Mas dalam Hari Koperasi Negara. Dalam penganugerahan ini semua bidang yang dinilai adalah berkaitan dengan aspek-aspek yang mengutamakan pelanggan, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti sosial. Sehingga kini Kota Mas merupakan koperasi ke-4 yang telah menerima anugerah ini sejak dipertandingkan.
       Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, MAMPU, Jabatan Pembangunan Koperasi,  Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Telekom dan semua yang terlibat dalam penganugerahan ini. 

     

  Copyright Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas)